|
Set bersalin
HPA adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru
melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-
Kandungan Set Bersalin HPA
1. Minyak Barut (2 unit)
Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh
tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.
2. Minyak Bayi (2 unit)
Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu
malam. Sapukan pada perut dan dada.
3. Teh Herba (1 unit)
Minuman berherba yang bertindak sebagai penyembuh luka dalam dan juga
berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.
4. Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari)
Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga
mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu
bungkus boleh diminum selama 3 hari.
5. Kapsul Wanita A
Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A setiap pagi dan
malam.
6. Kapsul Wanita B
Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul B setiap pagi dan
malam.
7. Ubat Basuh (Kegunaan Luar)
Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api
yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu
selepas hari ke-40 selepas bersalin.
8. Spirulina
Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan.
Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan
keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2
kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.
Info Tambahan
1. Ubat Periuk (4 bunjut)
Menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah
bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.
Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin
bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak
setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang
kadang kala berketul-ketul.
2. Herba Sihat Wanita A dan Herba
Sihat Wanita B
Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan : Herba Sihat Wanita A ( I pagi
dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.
3. Spirulina
1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari
bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.
4. Minyak Barut
Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. sapu minyak
barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan
kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.
5. Minyak Bayi
Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.
6. Teh Herba
Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu
mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning.
Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut
dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini
juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu
kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.
7. Ubat Basuh
Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api
yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari
berturut-turut.
** Sebagai tambahan, ibu-ibu amat
digalakkan menggunakan Barut Berherba sebagai pelengkap set bersalin yang
mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan,
mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah
fibroid.
Ramai ibu yang telah mengamalkan
Set Bersalin HPA dan kadar
pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini.
Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan
kebahagiaan rumah tangga.
Harga Set Bersalin HPA (8 dalam 1) :
RM85.00 sahaja
Kos Penghantaran (melalui Poslaju) :
-
Semenanjung Malaysia :
RM9.00
-
Sabah/Sarawak :
RM25.00
-
Luar Negara : Hubungi saya untuk maklumat lanjut
|