Change Currency: USD MYR

Terms and Conditions

Terma & Syarat 
Berkenaan belian dan syarat serta peraturan
 
Syarat dan Peraturan ini adalah sebagai perjanjian antara pelanggan dan pihak pengurusan dengan individu / institusi (seterusnya disebut pelanggan) yang telah mendaftarkan diri untuk menjadi ahli serta mendapatkan produk dan layanan dari pihak pengurusan Jombeli.Net. Saya Muhamad Ismail & Suhanah menjalankan perniagaan secara online dengan menjadi pemboron/agent jualan sah untuk produk seperti yang tertera dilaman web Jombeli.net.
 
DENGAN MENEKAN BUTANG DAFTAR PADA BORANG PENDAFTARAN, PELANGGAN TELAH MEMBACA , MEMAHAMI DAN SETUJU DENGAN SEMUA SYARAT DAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN.
 
PRODUK DAN LAYANAN YANG DISEDIAKAN
 
Jombeli.Net menjual pelbagai produk secara online. Seperti yang dinyatakan di halaman utama.
 
 
DISCLAIMER
Pihak pengurusan Jombeli.Net akan mengambil tindakan dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa jika terdapat sebarang niat jahat dari pelanggan dalam merosakan, mengubah data, menipu, memaksa dalam jual-beli secara online ini.
Dalam menyediakan produk dan layanan ini, Jombeli.Net tidak bertanggungjawap terhadap gangguan yang terjadi meliputi tidak beroperasinya peralatan (komputer/server/peripherals) mahupun software, bencana alam, perang, huru-hara , kegiatan hacking, virus komputer ataupun sebarang kejadian yang berada di luar kuasa (force majeur)
 
EARNINGS & INCOME DISCLAIMER
Kami berusaha keras untuk memberikan peluang, potensi dan maklumat yang sama bagi setiap pelanggan untuk memperolehi pendapatan yang mereka promosikan daripada produk / layanan yang kami jual. 
 
Tetapi kami tidak menjamin pendapatan yang akan Anda dapat adalah akan sama pada setiap pelanggan, kerana ini bergantung pada kebolehan individu, pegalamanan, kemahiran, cita-cita dan usaha masing-masing dalam menggunakan semua informasi yang telah kami berikan.
 
 
JAMINAN WANG KEMBALI
Pihak admin dan pengurusan Jombeli.Net menjamin setiap pelanggan berhak mendapatkan kembali wangnya (setelah dipotong dengan kos produk, kos barangan dan kos pengiriman produk), apabila pelanggan tidak mendapatkan barangan yang pesan setelah pembayaran dibuat. Jaminan Wang kembali kepada pelanggan adalah tidak termasuk jika :
 
(1) Pelanggan telah menggunakan apa-apa terhadap produk yang dihantar, 
 
(2) Pelanggan yang dihapus keahliannya kerana menyalahi peraturan yang telah dipersetujui.
 
(3) Pelanggan yang tidak mengikuti dan menggunakan semua petunjuk dan maklumat yang kami berikan.
 
 
SYARAT / KEWAJIBAN PELANGGAN 
 
1. Memahami dan setuju dengan seluruh isi halaman syarat dan peraturan ini
 
2. INFORMASI YANG BENAR
 
Memberikan data - data / maklumat yang tepat dan benar pada borang pendaftaran member yang dikirimkan (submitted).
 
3. PENGESAHAN
Bersedia di soal oleh admin mengenai kebenaran data -data tersebut. Jika ternyata data - data tersebut tidak benar, maka member faham bahawa admin berhak untuk menghapus akaun member terbabit.
 
4. PROMOSI
 
- Pelanggan hendaklah menggunakan cara-cara yang telah dicadangkan dalam melakukan promosi. Pihak kami mengamalkan ZERO TOLERATE kepada pelanggan yang melakukan SPAM.
 
- Tidak melakukan promosi yang menuju kearah kegiatan haram menurut undang-undang Malaysia. 
 
- Tidak memberikan keterangan palsu dalam melakukan promosi
 
5. PROFESSIONAL
Pelanggan wajib menjaga professional diri dan kredibiliti website ini dengan menjalankan perniaagan yang yang dibenarkan oleh undang-undang Malaysia serta Halal digunakan oleh pelanggan lain
 
6. SUPPORT
Semua member menerima support yang berkaitan dengan kegiatan program samada dari segi teknikal (internet/komputer) mahupun marketing. Sebagian besar support dilakukan via web, email dan surat. 
 
PROSEDUR PEMBAYARAN KOMISYEN
 
(1) Pelanggan hendaklah mempunyai akaun Maybank, CIMB, atau lain-lain bank yang mendaftar dengan Bank Negara.
 
(2) Pembayaran dalam mata wang Ringgit Malaysia.
 
(3) Pembayaran dilakukan terus ke akaun pelanggan oleh admin tanpa ada campur tangan dari pihak lain.
 
(4) Jika terdapat kos pentadbiran dari bank berkaitan dengan proses pembayaran, maka kos tersebut akan dipotong / diambil dari pembayaran penjualan yang diterima oleh pelanggan.
 
PEMBATALAN
 
AMARAN
Admin berhak pada bila-bila masa membatalkan / menghapuskan akaun milik member yang melanggar peraturan seperti yang terdapat dalam syarat dan peraturan ini. 
 
Pelanggan Jombeli.Net berhak untuk membatalkan akaunnya dengan tanpa sebarang sekatan.
Semua pelangan yang telah dihapus akaunnya secara Automatik tidak terikat dengan seluruh perjanjian ini. 
 
 
PERUBAHAN
Admin berhak untuk mengubah syarat ini dari masa ke semasa dan berlaku ianya hanya akan efektif setelah makluman dibuat kepada seluruh member dan di upload di website.
 
 
UNDANG-UNDANG DAN PENYELESAIAN PERSELISIHAN 
Perjanjian ini tertakluk dengan undang-undang kerajaan Malaysia. 
Kiranya terjadi/timbul perselisihan antara kedua belah pihak, sebagai akibat daripada pelaksanaan Perjanjian ini, maka kedua belah pihak sepakat untuk menyelesaikannya secara musyawarah dan mufakat.
Penghantaran 
Setelah pembayaran diterima, kami akan memproses pesanan anda 
Kami akan pos laju atau kourier produk yang dipesan kepada anda 
Produk mengambil masa 1 hingga 2 hari untuk sampai ke destinasi bergantung kepada tempat dan tempoh penghantaran yang ditetapkan oleh Pos Laju Malaysia . 
Bagi Sabah atau Sarawak, pos penghantaran adalah RM15 bagi setiap item. Jika wang pos yang dimasukkan kurang, kami akan hubungi pelanggan atau kami akan pos menggunakan pos ekspress bergantung kepada lokasi.
 
Terma dan syarat
Item yang sudah dibeli tidak boleh dikembalikan melainkan jika terdapat kerosakan pada barang.
Item yang sudah dibeli tidak boleh dipulangkan dalam bentuk wang
Pembayaran barang yang telah dibuat tidak boleh dibatalkan. Pembatalan atau penukaran barang hanya boleh dibuat sebelum bayaran dibuat
 

Share

 



 Copyright © 2007 - 2016 JomBeli.Net ~ All rights reserved®. 

 

Mobile Site